Tuesday, July 21, 2009

SEJARAH RINGKAS SK JUARA


Sekolah Kebangsaan Juara adalah merupakan antara sekolah yang terawal ditubuhkan di dalam daerah Kuala Rompin. Setelah sekian lama penduduk Kg.Juara terpaksa bersusah payah menghantar anak mereka ke Sekolah Tekek, akhirnya semua penduduk Kampung telah sepakat membangunkan sekolah sendiri di Kg.Juara. Dengan semangat yang jitu dan kental penduduk kampung mula bergotong-royong di bawah pimpinan ketua kampung pada masa itu, Berkat usaha dan semangat kerjasama maka terbinalah sebuah premis sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Rakyat Juara pada tahun 1951. Tapaknya di belakang kuarters Guru Besar sekarang ini dan Guru Besarnya yang pertama ialah penduduk asal Juara iaitu Cikgu Sharif.

No comments:

Post a Comment